Thursday, February 15, 2007

Tuesday, July 04, 2006

MANAGER..

Manager Rumah
(Seperti yang pernah aku tulis dalam MRSM Kerteh Yahoogroup suatu masa dahulu, apabila seorang teman menggelarkan dirinya sebagai - Manager Rumah)

Aku juga teringin nak jadi Manager Rumah. Wanita yang menjadi idola aku dalam karier sebagai Manager Rumah ni, sudah pastinya emak aku. Namun tak mungkin aku dapat jadi seperti emak kalau setiap hari aku ke pejabat pukul 8 pagi, balik pula pukul 8 malam.

Ramai yang pandang rendah pada isteri tak bekerja. Macam² yang aku pernah dengar - ketinggalan zaman lah, tak maju lah, tak vogue lah, malah ada juga yang kata, "Rugi lah belajar tinggi² kalau end up duduk di ceruk dapur, tunggu suami balik kerja." Bagi aku, kalau kita tonton cerita² Melayu lama di kaca TV, memanglah begitu gambaran seorang suri rumah - di ceruk dapur. Tapi itu zaman dahulu. Zaman Tun Perak dan Hang Tuah.

Kini zaman dah berubah. Isteri zaman sekarang celik IT. Silap haribulan, isteri lebih pandai IT daripada suami, kerana di rumah, bila anak tidur, kerja rumah pula dah beres, isteri ada masa mengadap komputer. Dan silap haribulan lagi, isteri lebih tahu pasal perkembangan dunia semasa, tentang Bush dan Amerika, tentang Israel dan Palestin, tentang politik dan pilihanraya, maupun tentang gossip artis sini-sana, kerana isteri lebih kerap tengok TV, tengok berita dan baca surat khabar. Isteri yang duduk rumah juga mungkin lebih fit, kerana mereka boleh exercise sambil menghayun buaian anak, dibandingkan dengan isteri bekerja macam aku yang hanya duduk di depan komputer, dalam bilik berhawa dingin dari pagi sampai petang, langsung tak keluar peluh, kemudian bila balik rumah dah penat, tak larat pula nak exercise.

Suri rumah zaman sekarang jauh lebih educated dari nenek² kita dahulu. Tak perlu tunggu suami hulur duit belanja dapur, sebaliknya isteri pula yang hulur pada suami senarai perbelanjaan yang diperlukan setiap bulan untuk beli susu, Pampers, bayar bil telefon dan internet, beli lipstick Channel, CD Siti Nurhaliza & VCD Hindustan.

Isteri di zaman belum merdeka mungkin tak pandai buat urusan luar, maklumlah jarang keluar rumah, semuanya suami yang uruskan. Tapi kini suami sudah boleh tumpukan perhatian pada kerja atau perniagaan, kerana isteri era millenium boleh uruskan sewa rumah, loan kereta dan pembayaran bil-bil melalui maybank2u.com, boleh memandu menghantar dan menjemput anak² dari sekolah, malah boleh juga aktif sebagai AJK ANSARA atau menghadiri mesyuarat Puteri UMNO.

Ada yang cakap kat aku, tak seronok lah tak berkerja kerana tak boleh pegang duit sendiri. Aku rasa semua tu terpulanglah kepada kebolehan masing² berkomunikasi dengan suami dalam soal kewangan. Tambahan pula, suami zaman ini tidak lagi berfikiran kononnya bila beri isteri pegang duit, maknanya takut bini lah, queen control lah. Suami zaman sekarang kalau dia beri duit pada isteri, katanya sayang isteri, kerana mahu isteri pergi gymnasium, maintain body macam J-Lo, juga kerana dia sedar memang sudah tanggungjawab dia memberi nafkah pada isteri.

Untuk apa pegang duit sendiri, kalau setiap kali ke pejabat, tension dengan kerenah boss dan kerja yang tak sudah². Hati pula sentiasa terkenangkan anak di rumah ditinggalkan dengan orang gaji, bimbang entah anak diberi makan ulat sampah, seperti mana yang selalu dibaca dalam email. Suami pula kononnya selalu demam, asyik pula nak balik rumah pada waktu pejabat, dijaga pula oleh pembantu rumah dari tanah seberang yang entah apa² ilmu dia ada. Untuk apa lah dapat gaji sendiri yang sedikit tu, kalau tidak dapat melihat anak² membesar didepan mata, langkah pertama anak disaksikan oleh baby sitter di pusat penjagaan kanak², bukannya kita, perkataan pertama yang diucapkan oleh anak didengar oleh mak atau mak mentua yang menjaganya, bukannya kita?.